Tuesday, 7 July 2015

Bahana produk kecantikan wajah masa kini

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Perasan tak semenjak dua menjak ni fenomena produk kosmetik atau kesihatan dapat permintaan tinggi. Rata-rata golongan wanita dengan lelaki masing-masing nak serlahkan kecantikan tersembunyi di sebalik awan hitam yang mendung. Ada yang dapat respons positif dengan poduk yang serasi dengan kulit tapi malang betul kalau dapat respons yang sebaliknya kalau salah produk. Kenapa segelintir pengguna dapat respons yang negatif? Haa.. itulah yang dinamakan bahana produk kecantikan wajah masa kini. Eh, apa pulak tu? Maksud tersiratnya bahana produk kecantikan wajah masa kini ialah hampir separuh daripada pengasas produk kecantikan telah mengambil langkah cepat kaya dengan meletakkan bahan-bahan yang haram demi melihat para pengguna kelihatan cantik dalam masa yang singkat. Eh, baguslah tu cantik dalam masa singkat. Bagus ke kalau cantik dalam masa singkat tapi kembali dengan wajah yang lebih buruk dalam jangka masa lama dan pada waktu yang sama kesihatan dalaman akan memberi impak negatif? Semestinya tak bagus.

Zaman sekarang adalah zaman orang nak cepat. Siapa cepat dia antara yang terbaik. Sebab tu ramai yang masuk saham cepat kaya sebab nak cepat kaya punya pasal. Termasuklah orang yang tulis blog ni kalau boleh nak cepat je. Lambat-lambat ni tak mainlah. Tapi, percayalah yang cepat tu ada banyak kesan sampingannya. Muda-muda tak nampaklah tapi bila dah tua terbongkok-bongkok tu haa mulalah sakit tu sakit ni. Dah… menyusahkan anak-anak pulak. Ade jugak tak sempat tua‘lampu merah dah menyala’. Itulah bahana produk kecantikan wajah masa kini. Dengan meletakkan bahan haram, maka kesihatan kita turut terjejas. Macam-macam penyakit daripada takda bole jadi ada.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dah keluarkan kenyataan produk haram yang perlu dielakkan oleh pengguna sebab terdapat bahan-bahan bahaya. Antara produk-produk yg perlu anda elakkan :


 :














Banyakkan? Tu pun ada je lagi yang tak masuk senarai. Ikutkan banyak lagi tau bahana produk kecantikan wajah masa kini dihasilkan oleh pengasas yang tak bertanggungjawab. Paling kesian sebab banyak pengguna yang dapat kanser. Sebab tu kalau kita nak beli produk, kita kene buat kajian sikit. Siapa yang buat tu? Pengasas tu guna atau tak produk sendiri? Bahan apa yg dia letak? Ade kelulusan KKM tak? Halal tak produk tu? Testimoninya berjaya ke tak? Ade kesan sampingan tak? Jangan main terjah guna. Anda perlu pastikan produk kecantikan anda bebas dari bahan kimia macam Sildenafil, Hydroquinone, Dexamethasone, dan lain-lain Kalau tidak anda termasuklah golongan yang terkena tempias bahana produk kecantikan wajah masa kini. Rasanya itu sahaja yang dapat saya tulis untuk minggu ni. Moga bertemu lagi dan moga anda semua dapat buat pilihan yang bijak serta pilihan tu mendapat berkat ALLAH SWT. Assalamualaikum wbr.

1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa Reviews & Ratings - BSNJ
    Our 2021 Borgata 알바로 모라타 Hotel Casino & Spa lists the Borgata 캔 토토 is not 램 슬롯 순서 your average casino, but a modern resort with a classic 러시안룰렛 Vegas vibe. 바카라총판양방

    ReplyDelete