Friday, 31 July 2015

Bella Ammara Indah Khabar Dari Rupa

Assalamualaikum wbt. Bukan nak kondem tapi cuma nak harini nak kupas sikit pasal Butik No 1 Malaysia, Bella Ammara. Cakap pasal Bella Ammara, mesti ramai orang excited sebab koleksi jubah dari Bella Ammara sangat exclusive, cantik dan unik. semua yang tengok mesti confirm nak beli. Tapi, ramai yang kata Bella Ammara indah khabar dari rupa? Apa maksud sebenarnya? Betul ke? Ataupun orang yang kata Bella Ammara indah khabar dari rupa sebenarnya cemburu dengan kejayaan yang Bella Ammara capai?

Rekaan Daisy Dwitone yang dapat menarik ramai peminat setia

Ade sesetengah individu yang beli jubah dari Bella Ammara, akan kata jahitan Bella Ammara tak elok, ada banyak benang terurai, jahitan tak kemas, tak seiring dengan harga beli tapi kualiti macam beli barangan baju pasar malam. Tapi betul ke? Kebetulan masa ada dinner, kawan saya teruja nak beli jubah atu dress untuk dipakai malam dinner. Sanggup cari dari Melaka ke Shah Alam. Pulang kat Melaka dia kata jahitan jubah Bella Ammara tak kemas. Kalau kainnya tertarik dengan benda tajam, benangnya senang keluar dan tak berbaloi dengan harga. Sudahnya, dia tak beli. 

Saya juga pernah bekerja di butik muslimah dengan seorang cina yang baru sahaja memeluk agama Islam. Bekas bos saya seorang designer juga memberi komen yang sama. Malah dia pelik, kenapa orang Islam sendiri tak tolong agama sendiri untuk menghasilkan jubah yang mampu milik dan berkualiti dan dalam masa yang sama mampu menjaga syariat Islam? Ramai wanita di luar sana nak membeli jubah tapi disebabkan tak mampu ade yang tak pakai jubah. Lebih sedih kesudahan sesetengah wanita ni beli jubah kain jenis lycra yang menampak bentuk tubuh badan. Bekas bos saya sampai ke Indonessia untuk mencari kain yang berkualiti dan buat perbandingan antara jahitan Malaysia dan Indonessia. Hasilnya, jahitan Indonessia lebih berkualiti. Saya juga telah melihat sendiri perbezaan jahitan ternyata jahitan Indonessia memang kemas. Mungkin sesetengah produksi untuk jahitan pukal ada yang jahit dengan ada yang tak. Designer patut gigih cari yang terbaik.
Salah satu rekaan jubah yang unik 

Berbalik pada tajuk utama, Bella Ammara indah khabar dari rupa, kawan saya pernah hadiahkan saya Elsa Dress. Saya cek juga jahitannya. Pada pandangan saya, jahitannya oklah. Taklah seteruk yang dikatakan. Cuma, jahitannya setanding dengan jubah harga RM66 saya pernah beli. Mungkin faktor  material yang buatkannya jadi mahal. 

Terpulanglah pada individu tu nak kritik Bella Ammara indah khabar dari rupa ke, mahal tak berbaloi ke, jahitan tak kemas ke, atau apa je. Sebab hak individu untuk bersuara tak ada siapa boleh halang. Bagi pihak Bella Ammara, saya sejujurnya suka idea-idea kreatif designer mereka, Sebab idea mereka unik dan jubah-jubah koleksi mereka tak redundant. Setiap koleksi akan ada perbaharuan sehinggakan pihak-pihak tertentu yang tak bertanggungjawab akan menciplak. Apapun, untuk mencapai tahap puas hati pengguna setia, Bella Ammara perlu mengambil kira komen-komen untuk hasilkan kualiti yang lebih. 

Bella Ammara Couture exclusive untuk bakal pengantin atau untuk sesuatu majlis. Sangat cantik rekaan dan gayanya,

Jaga diri, Assalamualaikum wbt.

Produk Kecantikan Muka Terbaik Formulasi Doktor, y4us.net

4 comments:

  1. Saya setuju dengan pendapat sis. Sebab saya sendiri pernah 2-3 kali masuk ke butik Bella Ammara. Takde niat nak jatuhkan BA ke apa tapi memang jahitan jubah2 BA tidak kemas, berkedut-kedut. Memang turn off terus tak jadi beli dibuatnya. Kakak ipar saya yang juga komen benda yang sama.

    Secara peribadi saya puji Imaan Boutique, RinaSallehClothing, jahitan jubah2 mereka sangat kemas ������������

    ReplyDelete
  2. Sama dgn saya. Mcm tiada QC yg check.
    Ada kotor...tgn baju pjg sebelah pendek sebelah!!! Bunga 3D sblh tgn menjalar hgga bahu satu lagi hanya separuh lengan sahaja. Jhtn xkemas mmg ada bulu2 benang yg terkeluar.

    ReplyDelete
  3. Btl.. Saya pun beli 3 pasang.. Bad quality.. After that no more BA

    ReplyDelete