Tuesday, 7 July 2015

Berkat Accident Di Bulan Puasa

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih sebab sudi jenguk blog Villa El-Asyfa ni.

Untuk entri pertama ni takde banyak benda nak ckp. 3/7/2015 ni baru je lepas accident. Naik motor scooter di langgar dr side oleh kereta yg tk ingt plat dan spesis kereta jenis ape. Cuma yg ingat warna kereta je! Ye, sy mmg jenis blur2. Bila benda cemas ni jadi, ingat otak yg sedia blur bole jadi cerdik? Oh, tidak sesekali!


Inilah scooter yg baru je pakai tp masa depannya dah tercalar


Berkat di bulan puasa ni, lepas dilanggar terus akk tu lesap. Alhamdulillah. Tklah mintak duit repair motor, cuma mintak duit ubat2 je. SMS akk tu je yg mampu. Maklumlah dah terhinjut2 jln dgn darah melimpah ruah. Udohler ms dihimpap scooter, kita ni punyalah berbudi tye ank dia mcm mana dgn “senyuman sakit” walaupun tk ditolong utk berdiri dr akk tu. Nasib baik ade pakcik2 india yg baik hati tlg angkat scooter yg berat tu. Terhapus sudah negative thoughts kt certain warga india.

Report tk buat. Mls nak pangjangkan cerita. Pesan dlm hati biar org nk buat kita mcm ni, ganjaran Allah nk bg tu lg besar kita dpt. Walaupun selalu mengaduh sakit. Mmg sakitler, kaki ni bila nk bangun je mcm org toreh dgn pisau. Pinggang tu tkyah ckplah.

Pokoknya, bersabarlah ats ujian ni. Pernah terdgr ceramah Ustaz Fawwaz Md Jan, kita diberi 2 pahala bila ujian. Yg pertama sebab sabar dan yg kedua sbb kita redha! Selalunya org hanya dpt 1 je. Sebab sabar bukan redha. Redha ni konsepnya kita tk keluh kesah dr mula kita terima ujian smpailah habis. Kita yakin dgn Allah. Sentiasa senyum je. Sabar pulak, selalunya org akn mengeluh dulu mcm,


Ustaz Fawwaz Md Jan org Penang baq ang. Ceramah dia best.

“ Kenapa aku org yg terima ujian ni?”

“Isk, sakitnya. Aduh… .”

Tapi tapi tapi, lepas kita terrrrrrrckplah konon ayt kt ats tu barulah kita “Tkpelah, aku terima ujian ni.” Haaa… barulah satu ganjaran pahala kita dapat. Nampak tak, punyalah baik Allah tu. Walaupun dah ngeluh Dia tetap bg. Okaylah kan drpd tkde. Tk dpt 2 dpt 1, Alhamdulillah!

Okaylah cukup smpai sini. Kerana terpaksa, aku pergi dulu.. . Assalamualaikum wbt

No comments:

Post a Comment