Friday, 31 July 2015

Bella Ammara Indah Khabar Dari Rupa

Assalamualaikum wbt. Bukan nak kondem tapi cuma nak harini nak kupas sikit pasal Butik No 1 Malaysia, Bella Ammara. Cakap pasal Bella Ammara, mesti ramai orang excited sebab koleksi jubah dari Bella Ammara sangat exclusive, cantik dan unik. semua yang tengok mesti confirm nak beli. Tapi, ramai yang kata Bella Ammara indah khabar dari rupa? Apa maksud sebenarnya? Betul ke? Ataupun orang yang kata Bella Ammara indah khabar dari rupa sebenarnya cemburu dengan kejayaan yang Bella Ammara capai?

Rekaan Daisy Dwitone yang dapat menarik ramai peminat setia

Ade sesetengah individu yang beli jubah dari Bella Ammara, akan kata jahitan Bella Ammara tak elok, ada banyak benang terurai, jahitan tak kemas, tak seiring dengan harga beli tapi kualiti macam beli barangan baju pasar malam. Tapi betul ke? Kebetulan masa ada dinner, kawan saya teruja nak beli jubah atu dress untuk dipakai malam dinner. Sanggup cari dari Melaka ke Shah Alam. Pulang kat Melaka dia kata jahitan jubah Bella Ammara tak kemas. Kalau kainnya tertarik dengan benda tajam, benangnya senang keluar dan tak berbaloi dengan harga. Sudahnya, dia tak beli. 

Saya juga pernah bekerja di butik muslimah dengan seorang cina yang baru sahaja memeluk agama Islam. Bekas bos saya seorang designer juga memberi komen yang sama. Malah dia pelik, kenapa orang Islam sendiri tak tolong agama sendiri untuk menghasilkan jubah yang mampu milik dan berkualiti dan dalam masa yang sama mampu menjaga syariat Islam? Ramai wanita di luar sana nak membeli jubah tapi disebabkan tak mampu ade yang tak pakai jubah. Lebih sedih kesudahan sesetengah wanita ni beli jubah kain jenis lycra yang menampak bentuk tubuh badan. Bekas bos saya sampai ke Indonessia untuk mencari kain yang berkualiti dan buat perbandingan antara jahitan Malaysia dan Indonessia. Hasilnya, jahitan Indonessia lebih berkualiti. Saya juga telah melihat sendiri perbezaan jahitan ternyata jahitan Indonessia memang kemas. Mungkin sesetengah produksi untuk jahitan pukal ada yang jahit dengan ada yang tak. Designer patut gigih cari yang terbaik.
Salah satu rekaan jubah yang unik 

Berbalik pada tajuk utama, Bella Ammara indah khabar dari rupa, kawan saya pernah hadiahkan saya Elsa Dress. Saya cek juga jahitannya. Pada pandangan saya, jahitannya oklah. Taklah seteruk yang dikatakan. Cuma, jahitannya setanding dengan jubah harga RM66 saya pernah beli. Mungkin faktor  material yang buatkannya jadi mahal. 

Terpulanglah pada individu tu nak kritik Bella Ammara indah khabar dari rupa ke, mahal tak berbaloi ke, jahitan tak kemas ke, atau apa je. Sebab hak individu untuk bersuara tak ada siapa boleh halang. Bagi pihak Bella Ammara, saya sejujurnya suka idea-idea kreatif designer mereka, Sebab idea mereka unik dan jubah-jubah koleksi mereka tak redundant. Setiap koleksi akan ada perbaharuan sehinggakan pihak-pihak tertentu yang tak bertanggungjawab akan menciplak. Apapun, untuk mencapai tahap puas hati pengguna setia, Bella Ammara perlu mengambil kira komen-komen untuk hasilkan kualiti yang lebih. 

Bella Ammara Couture exclusive untuk bakal pengantin atau untuk sesuatu majlis. Sangat cantik rekaan dan gayanya,

Jaga diri, Assalamualaikum wbt.

Produk Kecantikan Muka Terbaik Formulasi Doktor, y4us.net

Nak Followers Ramai Kat Laman Sosial!

Assalammualaikum wbt. Hari ni nak kongsi satu tips dengan anda semua. Macam mana nak followers ramai kat laman sosial contohnya di Instagram, facebook, twitter, dan macam-macam lagi. Kali ni anda hanya perlu guna hashtag saja. Kalau nak tahu, ramai orang kat lua negara ramai followers sebab guna kaedah ni je. Dekat Malaysia ni pun sebenarnya dah ramai yang guna. Jadi, sebab tulah ramai pengguna laman sosial biasa cepat rank-up. Jadi, apa cara nak followers ramai kat laman sosial?

1. #LOVE

Boleh dikatakan anggaran 700 million orang yang menggunakan #love. Rasa-rasa kenapa ye? Tak perlu jawab pun anda dah tahu jawapannya.

Glimmerit

2. #instagood

Lebih kurang 315 million, orang menggunakan #instagood ni, Kemungkinan orang yang gunakan #instagood ni nak ekpresikan benda baik kot lah kan..


3. #me

Sape yang rajin selfie tu, rajin-rajin #me okay. Kot-kot anda boleh jadi sasaran orang ramai kerana berjaya spot anda. 297 million orang telah guna tau.

https://instagram.com/p/50OmdJH6T0/?tagged=lme

4. #tbt

ape tu #tbt? tbt ni Throwback Thursday! Sebanyak 272 million pengguna kat instagram dah guna. #tbt ni juga galakkan orang ramai supaya upload gambar lamo-lamo. Jadi, siapa-siapa yang ada banyak kenangan silap, sila muat naik ye. 


https://instagram.com/explore/tags/tbt/

5. #cute

Ramai sangat pengguna-pengguna yg #cute. Jadi nak popularkan diri anda senang je. Buat banyak-banyak #cute kat gambar yang dimuat naik.. Ta daa.. mesti ramai like! Orang yang gunakan #cute adalah sebanyak 258 million.



6. #follow

Letak jelah #follow ni. Mesti ramai yang akan follow anda sebab ramai yang dah buat dah hampir mencecah 260 million.

7. #followme. 

238million. Gunalah. Kot-kot dalam satu jam boleh hampir ke sejuta yang follow anda.

8. #photooftheday 

237million orang kat dunia dah post gambar terbaik diorang, Anda bila lagi?


seacrhengineverified

9. #happy

Buat muka happy buat # ni tau sebab anda akn termasuk pengguna 220million yang berjaya muat naik gambar #happy!

10. #tagsforlikes

Nak lagi banyak followers, #tagsforlikes. Lebih kurang 220 milions orang pos gambar diorang semata-mata minta di likes. Oh, sungguh desperedooooo,,,


11. #beautiful.

Apa-apa yang anda rasa cantik eloklah muat naik dan #beautiful. Mana tahu anda bakal menjadi orang popular kan sebab gambar cantik tu. Kalau anda rasa diri anda cukup cantik boleh # diri sendiri. Lebih 212 million orang dah buat.


12. #girl

Erk.. pelik juga. Ni pun ade jugak yang # kan. Tapi boleh tahan ramai jugak dalam lingkungan 202 million. Jadi wanita kat luar sana, kalau nak followers ramai kat laman sosial buat #girls. Nak tunjulkan anda perempuan sebenar bukan perempuan celup. 

13. #selfie

185million orang yang selfie tu dah buat #selfie dengan jumlah keseluruhan sebanyak 185 million.

14. #picoftheday

Sama je macam #photooftheday. Cuma ni version pendek.Dan disebabkan dia pendek, ringkas dan padat jumlah pengguna yang dah #picoftheday hanya sebanyak 174 million.

15. #summer

Kalau kat negara luar letak #summer. Cer kita semua #musimpanas, #musimhujan, #musimdurian. haa.. mesti ramai yang like



Senang je kan nak followers ramai kat laman sosial. Kalau anda perhatikan saya tumpukan pada instagram sahaja. Tapi jangan risau anda boleh kaedah ni kat twitter dan lain-lain jugak. Jadi senanglah kalau nak followers like page anda atau friend dengan anda. Diharapkan post kali ni sesikit sebanyak membantu anda nak rank-up akaun milik anda.

Jaga diri, Assalamualaikum wbt.

Produk Kecantikan Muka Terbaik Formulasi Doktor y4us.net






Friday, 10 July 2015

HYDROQUINONE dan TRETINOIN dalam produk kecantikan


Assalamualaikum wbt. Hydroquinone dan tretinoin merupakan bahan yang selalu diletakkan dalam alat kosmetik terutamanya krim kecantikan masa kini. Bahaya hydroquinone dan tretinoin dalam produk kecantikan harus dititikberatkan oleh pengguna kerana cecair ni sangat bahaya. Kebanyakan pengguna pun kadang-kadang tak tahu kosmetik mereka mengadungi bahan tersebut. Apa yang mereka tahu, kosmetik yang mereka beli untuk putihkan muka, hilangkan jeragat, kecutkan jerawat, licinkan kulit, dan macam-macam lah. Lebih haru pula, bila harga murah dan kesan boleh lihat dalam masa kurang 2 minggu terus mereka beli. Seharusnya, bila ingin mencuba sesuatu produk kecantikan tidak kira sama ada produk itu bagus, atau telahpun dikenali ramai sampai menjadi sebutan ramai orang, pengguna yang bijak perlu pastikan bahaya hydroquinone dan tretinoin dalam produk kecantikan tiada.


Bahaya hydroquinone dalam produk produk kecantikan adalah dengan memberi tindak balas iaitu membunuh melanocytes, sejenis sel yang menghasilkan melanin. Oleh sebab itulah kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih. Secara amnya, Melanin terhasil daripada melanocytes. Bukan saja tugasnya untuk menjadikan kulit kelihatan lebih gelap apabila terdedah pada cahaya matahari tetapi ia juga melindungi kulit dr Ultraviolet.



Michael Jackson dikatakan menggunakan Hydroquinone dgn kadar yg tinggi


Pada awal penggunaan krim, memang kulit akan jadi putih. Ianya bertahan lebih kurang 2-4 bulan sahaja kulit akan cerah. Bila berhenti, kembalilah jadi dayang senandung. Hydroquinone beri kesan sampingan seperti kemerahan dan perubahan warna kulit selain kulit menjadi terlalu sensitif. Kesan lain ialah kulit muka akan terbakar dan sadisnya ia boleh sebabkan kanser.   

Bahaya Tretinon dalam produk kecantikan pula kononnya adalah untuk merawat jerawat. Akan tetapi penggunaan tretinon yang tinggi bole menghakis kulit muka, pedih-pedih, kulit muka kemerahan, gatal=gatal dan sensitif bila terdedah pada cahaya matahari. 


Kenapa tak beri peluang diri anda untuk memilih produk yang telah dihasilkan oleh doktor anestetik dari Malaysia iaitu refining serum laser daripada Beautycode.MD. Ianya bebas dari bahaya hydroquinone dan tretinoin dalam produk kecantikan rumusan doktor Malaysia. Produk kecantikan terbaik masa kini telah menggunakan bahan-bahan terbaik seperti minyak argan, minyak marula, panax ginseng dan lain-lain. Penggunaan bahan yang hebat ini mampu menjadikan si pengguna kelihatan cantik berseri seawal 3hari. Ramai pengguna yang telah menampakkan hasil positif dan telahpun cantik berseri. Anda bila lagi nak cantik? Untuk keterangan lanjut sila layari y4us.net. Ada tawaran hebat menanti! Cepat sebelum terlambat. Sekian saja untuk kali ni, moga anda semua buat keputusan yang bijak. Assalamualaikum wbt.

Wednesday, 8 July 2015

Kesan buruk merkuri dalam krim kecantikan

Assalamualaikum wbt. Penggunaan krim kecantikan terbukti menjadikan kulit wanita asia lembut, licin, gebu dan halus seperti yang mereka ingini. Tapi anda yakin ke krim kecantikan anda bebas daripada bahan bahaya? Jika tak pasti, cuba semak semula tekstur-tekstur krim anda. Bukan apa, dikhuatiri kesan buruk merkuri pada krim kecantikan memberi kesan sampingan di masa akan datang. Kesan buruk merkuri dalam krim kecantikan boleh menbahayakan kesihatan dalaman dan memberi impak yang besar oleh itu anda harus lebih berhati-hati dan bijak dalam menentukan krim kecantikan.


Kalau kita lihat dari segi produk kecantikan, krim-krim dorang ni sepesen je walaupun berbeza jenama. Maksud sepesen ni, krim siang warna macam kuning/emas/coklat. Krim malam warna putih dan teksturnya melekit-lekit dan ada kilau macam kaca gitu. Krim-krim ni juga mampat. Sebab tu tahan berbulan-bulan. Kalau tekstur macam tu maknanya krim tu mengandungi merkuri.  Bahan bahaya ni selalunya tertumpu pada krim malam. Sebab tu, KKM banyak haramkan krim malam sesetengah jenama.


Sumber dr Google Image
Texture krim yg melekit dan bersinar tanda krim muka ada merkuri


Apa kesan buruk merkuri dalam krim kecantikan?

Penggunaan produk kecantikan yang mengandungi merkuri untuk jangka masa panjang akan memberi kesan buruk dengan menyebabkan saraf rosak. Sebahagian pengguna akan mengalami tanda-tanda kulit muka terbakar, letih, menggigil, lupa ingatan, pening dan lain-lain. Kesan buruk merkuri dalam krim kecantikan turut menyebabkan mereka alami perpeluhan(hyperhidrosis). Hal ini disebabkan merkuri menghalang biokimia catecholamines. Secara tak langsung, epinephrines akan berkumpul dalam badan. Bukan tu je, degupan jantung laju, dan tekanan darah tinggi merupakan salah satu daripada kesan negatifnya. Peringkat yg paling teruk sekali bila pengguna tu mengalami kegagalan ginjal untuk berfungsi.
Sayangkan, elok-elok muka tu boleh sembuh licin dengan pemilihan produk yang betul tapi boleh jadi lagi teruk. Bukan je muka, badan sendiri jadi mangsa.

Nak tahu produk ape, google lah ya. Takpun contact sendiri syarikat tu. Habis cerita. Kadang2 info kat google, blog ni bukan betul. Ada juga yg buat fitnah. Bila tengok jenama tu laku dikatanya letak merkuri.

Mengapa tak nak cuba produk yang dihasilkan oleh doktor anestetik Malaysia? Sudah terbukti produk tu tak mengandungi bahan yang bahaya. REFINING LASER SERUM daripada Beautycode.MD mampu menyelesaikan semua masalah kulit muka anda dengan hanya satu produk sahaja. Rasanya lebih berbaloi berbanding menanggung kesan buruk merkuri pada krim kecantikan anda pakai kini. Tambahan gabunngan bahan-bahan terbaik seperti minyak argan, minyak marula,panax ginseng dan lain-lain mampu membuatkan kulit anda berseri seawal 3 hari penggunaan. Sudah ramai yang terpaksa menanggung kesan baik penggunaan serum ini dan menerima hakikat kecantikan semulajadi mereka. Anda apa lagi? Untuk tahu lebih lanjut sila layari y4us.net. Sekian saja untuk kali ni moga anda semua dapat buat pilihan yang bijak.


Produk kecantikan wajah terbaik REFINING SERUM LASER (RFL) dihasilkan oleh doktor tempatan






Tuesday, 7 July 2015

Bahana produk kecantikan wajah masa kini

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Perasan tak semenjak dua menjak ni fenomena produk kosmetik atau kesihatan dapat permintaan tinggi. Rata-rata golongan wanita dengan lelaki masing-masing nak serlahkan kecantikan tersembunyi di sebalik awan hitam yang mendung. Ada yang dapat respons positif dengan poduk yang serasi dengan kulit tapi malang betul kalau dapat respons yang sebaliknya kalau salah produk. Kenapa segelintir pengguna dapat respons yang negatif? Haa.. itulah yang dinamakan bahana produk kecantikan wajah masa kini. Eh, apa pulak tu? Maksud tersiratnya bahana produk kecantikan wajah masa kini ialah hampir separuh daripada pengasas produk kecantikan telah mengambil langkah cepat kaya dengan meletakkan bahan-bahan yang haram demi melihat para pengguna kelihatan cantik dalam masa yang singkat. Eh, baguslah tu cantik dalam masa singkat. Bagus ke kalau cantik dalam masa singkat tapi kembali dengan wajah yang lebih buruk dalam jangka masa lama dan pada waktu yang sama kesihatan dalaman akan memberi impak negatif? Semestinya tak bagus.

Zaman sekarang adalah zaman orang nak cepat. Siapa cepat dia antara yang terbaik. Sebab tu ramai yang masuk saham cepat kaya sebab nak cepat kaya punya pasal. Termasuklah orang yang tulis blog ni kalau boleh nak cepat je. Lambat-lambat ni tak mainlah. Tapi, percayalah yang cepat tu ada banyak kesan sampingannya. Muda-muda tak nampaklah tapi bila dah tua terbongkok-bongkok tu haa mulalah sakit tu sakit ni. Dah… menyusahkan anak-anak pulak. Ade jugak tak sempat tua‘lampu merah dah menyala’. Itulah bahana produk kecantikan wajah masa kini. Dengan meletakkan bahan haram, maka kesihatan kita turut terjejas. Macam-macam penyakit daripada takda bole jadi ada.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dah keluarkan kenyataan produk haram yang perlu dielakkan oleh pengguna sebab terdapat bahan-bahan bahaya. Antara produk-produk yg perlu anda elakkan :


 :














Banyakkan? Tu pun ada je lagi yang tak masuk senarai. Ikutkan banyak lagi tau bahana produk kecantikan wajah masa kini dihasilkan oleh pengasas yang tak bertanggungjawab. Paling kesian sebab banyak pengguna yang dapat kanser. Sebab tu kalau kita nak beli produk, kita kene buat kajian sikit. Siapa yang buat tu? Pengasas tu guna atau tak produk sendiri? Bahan apa yg dia letak? Ade kelulusan KKM tak? Halal tak produk tu? Testimoninya berjaya ke tak? Ade kesan sampingan tak? Jangan main terjah guna. Anda perlu pastikan produk kecantikan anda bebas dari bahan kimia macam Sildenafil, Hydroquinone, Dexamethasone, dan lain-lain Kalau tidak anda termasuklah golongan yang terkena tempias bahana produk kecantikan wajah masa kini. Rasanya itu sahaja yang dapat saya tulis untuk minggu ni. Moga bertemu lagi dan moga anda semua dapat buat pilihan yang bijak serta pilihan tu mendapat berkat ALLAH SWT. Assalamualaikum wbr.

Berkat Accident Di Bulan Puasa

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih sebab sudi jenguk blog Villa El-Asyfa ni.

Untuk entri pertama ni takde banyak benda nak ckp. 3/7/2015 ni baru je lepas accident. Naik motor scooter di langgar dr side oleh kereta yg tk ingt plat dan spesis kereta jenis ape. Cuma yg ingat warna kereta je! Ye, sy mmg jenis blur2. Bila benda cemas ni jadi, ingat otak yg sedia blur bole jadi cerdik? Oh, tidak sesekali!


Inilah scooter yg baru je pakai tp masa depannya dah tercalar


Berkat di bulan puasa ni, lepas dilanggar terus akk tu lesap. Alhamdulillah. Tklah mintak duit repair motor, cuma mintak duit ubat2 je. SMS akk tu je yg mampu. Maklumlah dah terhinjut2 jln dgn darah melimpah ruah. Udohler ms dihimpap scooter, kita ni punyalah berbudi tye ank dia mcm mana dgn “senyuman sakit” walaupun tk ditolong utk berdiri dr akk tu. Nasib baik ade pakcik2 india yg baik hati tlg angkat scooter yg berat tu. Terhapus sudah negative thoughts kt certain warga india.

Report tk buat. Mls nak pangjangkan cerita. Pesan dlm hati biar org nk buat kita mcm ni, ganjaran Allah nk bg tu lg besar kita dpt. Walaupun selalu mengaduh sakit. Mmg sakitler, kaki ni bila nk bangun je mcm org toreh dgn pisau. Pinggang tu tkyah ckplah.

Pokoknya, bersabarlah ats ujian ni. Pernah terdgr ceramah Ustaz Fawwaz Md Jan, kita diberi 2 pahala bila ujian. Yg pertama sebab sabar dan yg kedua sbb kita redha! Selalunya org hanya dpt 1 je. Sebab sabar bukan redha. Redha ni konsepnya kita tk keluh kesah dr mula kita terima ujian smpailah habis. Kita yakin dgn Allah. Sentiasa senyum je. Sabar pulak, selalunya org akn mengeluh dulu mcm,


Ustaz Fawwaz Md Jan org Penang baq ang. Ceramah dia best.

“ Kenapa aku org yg terima ujian ni?”

“Isk, sakitnya. Aduh… .”

Tapi tapi tapi, lepas kita terrrrrrrckplah konon ayt kt ats tu barulah kita “Tkpelah, aku terima ujian ni.” Haaa… barulah satu ganjaran pahala kita dapat. Nampak tak, punyalah baik Allah tu. Walaupun dah ngeluh Dia tetap bg. Okaylah kan drpd tkde. Tk dpt 2 dpt 1, Alhamdulillah!

Okaylah cukup smpai sini. Kerana terpaksa, aku pergi dulu.. . Assalamualaikum wbt